Sunday 17 September 2017


Punca Berlakunya Disleksia





  • Cara Otak Memproses

Dipercayai berpunca daripada cara otak memproses. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan atau datangnya daripada kemalangan.


  • Keturunan


Kemungkinan besar berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar peghidap disleksia adalah latar belaakng mempunyai gangguan yang sama.

Sumber diproleh daripada :-

Akhbar - Internet pioneer to oversee network redesign (2016, Desember 15). Memahami Hak Anak Disleksia. Utusan Online.

 Retrieve from http://www.utusanonline.com 

Blog - Adilah. (201, Mac 19). Punca Disleksia. 
[Blog Post]. 
Retrieved from http://www.islamicplayer.blogspot.com  Diakses pada (2 September 2017)




Ciri-ciri Disleksia




  • Menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan tulisan yang tidak kemas.

  • Suka mengurangkan atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca.

  • Mengalami kekeliruan antara huruf ‘p’ dianggap ‘q’ dan huruf ‘b’ dianggap ‘d’.

  • Lambat membaca dan menulis.

  • Cenderung menjadi seorang yang impulsif / sering mengikut perasaan.


Memperoleh sumber daripada : - 

Sumber Internet - The Tole Acupuncture & Herbal Medical Centre SDN BHD. (n.d) . Retrieve form http://www.thetole.org

Katagori Disleksia 


Katagori Disleksia terbahagi kepada tiga iaitu :

  • Disleksia Visual (penglihatan)
  1. Sukar mengingat dan mengenal abjad.
  2. Melihat abjad dalam keadaan terbalik.
  • Disleksia Auditori (pendengaran)
  1. Sukar mengingat bunyi abjad.
  2. Masalah membezakan bunyi huruf vokal dan konsonan 
  • Disleksia Visual
  1. Auditori Kesukaran membaca yang teruk akibat kelemahan memproses tulisan secara visual dan audio.


Memperoleh carian daripada :-


Majalah Sains


      -Mazira Mohammad Ghazali. (2015). Masalah Disleksia.Majalah Sains.


Maksud Disleksia




Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Disleksia, atau gangguan membaca pembangunan,  dicirikan oleh kesukaran dengan belajar membaca dengan lancar dan dengan kefahaman yang tepat walaupun kecerdasan yang normal atau melebihi purata.  Ini termasuk kesukaran dengan kesedaran fonologi , fonologi penyahkodan, kelajuan pemprosesan, coding dgn sistem ejaan , pendengaran ingatan jangka pendek , kemahiran bahasa / kefahaman lisan, dan / atau penamaan pesat


Memperoleh carian daripada :-
  • Sumber Internet  - Apakah Disleksia. (2015, Januari 7). In Wikipedia. Retrieved Januari 7, 2015. From https://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia 
  • Sumber Buku  Devaraj Sheila, & Samsilah Roslan. (2006) Apa Itu Disleksia?. Selangor  : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd
APAKAH ITU DISLEKSIA



Menurut Hammond dan Hughes (1996), istilah disleksia diperkenalkan oleh seorang Profesor Berlin yang merupakan seorang pakar perubatan dan “ophalomotologist” pada tahun 1887. Berdasarkan World Federation of Neorology (1968) disleksia merupakan satu masalah “Disorder” yang terjadi kepada kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek. Selain itu, terdapat juga perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia. Antaranya ialah :- 

i. Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang bermasalah dalam pengiraan ataupun Matematik)

 ii. Dysgraphia (Disgrafia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa.

 iii. Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seseorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi motor mata dan tangan.

 Berdasarkan kajian yang dijalankan, kanak-kanak lelaki lebih banyak menghidap disleksia berbading kanak-kanak perempuan. Dalam laporan Kementerian Kesihatan Malaysia 2009, dianggarkan 4-8% pelajar sekolah mengalami masalah pembelajaran disleksia. Kesimpulannya, disleksia merupakan satu jenis gangguan atau kecelaruan dalam sistem otak yang menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mengeja, membaca, mengira dan menulis